Akaun appecutnow.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



FAQ

 Apakah kandungan Appecut Royale?

1. Apple stem cell
2. Instant Coffee Powder
3. Sakura extract
4. Garcinia Cambogia(Asam Gelugor)
5. Non Dairy Creamer
6. Ekstrak Kopi Hijau


Appecut bahaya atau tidak untuk buah pinggang?

Bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang normal, ia tidak akan membahayakan buah pinggang kerana konsumsi Appecut sendiri menggalakkan pengguna untuk banyakkan meminum air masak dan kurangkan makanan manis.

Namun, bagi mereka yang sudah ada sejarah masalah buah pinggang, penggunaan Appecut boleh diambil bersama pengambilan air masak 2-3 liter sehari dan mengurangkan pengambilan makanan berminyak, bergula, bergaram dan kalori tinggi.

Namun, Appecut tidak sama sekali boleh diambil bagi pesaikit yang menjalani rawatan dialysis.


Penghidap darah tinggi boleh minum?

Orang darah tinggi boleh ambil Appecut tetapi perlulah ambil secara berasingan dengan pengambilan ubat darah tinggi.

Sekiranya ubat darah tinggi di makan pada pukul 8 pagi, mereka boleh ambil Appecut pada pukul 12 tengah hari atau ketika waktu makan tengah hari. Pengguna perlulah mengikut pola pemakanan yang sihat serta jadual yang tersusun.

Sekalipun tidak berasa lapar, pengguna yang mempunyai masalah darah tinggi perlu makan walaupun sekadar sesudu nasi.


Penghidap sakit jantung boleh minum?

Tidak digalakkan sama sekali.

Kandungan green coffee di dalam Appecut mempunyai fungsi untuk membakar lemak di dalam badan dengan meningkatkan kadar degupan jantung.

Ini akan mengganggu kesihatan jantung pesakit.


Penghidap kencing manis boleh minum Appecut?

Tak di galakkan.

Kalau ambil insulin, tak boleh ambil Appecut dan apa-apa jenis supliment.


Penghidap batu karang boleh minum Appecut?

Tidak digalakkan.

Sekalipun kopi dikatakan mampu menurunkan kadar asid urik di dalam badan, namun batu karang yang terbentuk boleh juga disebabkan di atas faktor pengkristalan (crystallization) oxalate ( yang ada dalam kopi dan koko) serta kalsium.


Ibu menyusu boleh minum?

Boleh. Dengan syarat ibu ini tiada masalah sakit jantung dan masalah kronik lain seperti fibroid dan cyst.

Sekiranya ada, tidak boleh.

Ketika pengambilan Appecut, ibu yang menyusukan anak perlulah mengambil supplemen kalsium atau pil kalsium atau makanan tambahan yang ada kalsium seperti susu segar, bayam dan kacang almond.

Ini kerana kandungan kopi di dalam Appecut akan mengeluarkan kalsium di dalam badan, jadi bagi mengelakkan ibu- ibu sakit tulang dan mengalami osteoporosis, amalkan pengambilan kalsium dan senaman.

Dan seeloknya bayi itu berumur lebih 6 bulan ke atas.


Bolehkah Appecut diminum pada setiap hari?

Ia terpulang kepada pengguna.

Nak selang sehari boleh nak hari - hari boleh dan nak seminggu sekali pun boleh.

Ia semuanya bergantung dengan adaptasi badan dengan Appecut sendiri dan disiplin diri dalam mematuhi pola dan jadual pemakanan.


Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mengalami sembelit selepas minum Appecut?

Kesan Appecut akan berbeza-beza pada setiap orang. Walaupun pengambilan Appecut membuatkan kita kehausan dan minum air yang banyak, namun perlu di ingatkan bahawa tubuh kita juga akan turut mengeluarkan air yang banyak melalui air kencing, air besar dan juga peluh.

Oleh itu, bagi mengelakkan sembelit berlaku, pastikan pola pemakanan anda adalah seimbang bagi membantu keberkesanan produk Appecut ini dan turt membantu proses peristalsis usus besar anda.


Penghidap penyakit SLE boleh minum Appecut?

Tidak boleh.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau dalam bahasa melayunya Lupus Eritematosus Sistemik ini merupakan penyakit auto imun yang tiada ubat di mana sistem pertahanan badannya menyerang sel dan organ dalaman badan. Ia merupakan penyakit kronik dan kebanyakannya akan bergantung dengan steroid.

Sekiranya menghidapi penyakit kronik dan ada mengambil steroid, tidak boleh ambil sebarang supplemen melainkan atas preskripsi doktor.


Adakah Appecut mempunyai kelulusan KKM?

Tiada kelulusan KKM.

Hal ini kerana, Appecut merupakan produk minuman dan bukanlah ubat-ubatan.

Sila rujuk gambar di bawah:

 


Adakah produk Appecut halal?

Ya, Appecut selamat untuk diminum.




Kalau tak bersenam minum Appecut sahaja boleh kurus ke?

Ramai testimoni yang kurus dengan Appecut sahaja tanpa bersenam.

Cuma di sarankan untuk bersenam juga untuk kurus dengan sihat.

Banyakkan minum air untuk kesan yang cepat dan bagus untuk kesihatan.


Jika dh capai berat badan idea. Terus minum atau stop?

Boleh tapi disarankan jangan berhenti secara tiba-tiba.

Jarakkan selang sehari, selang 3 hari, seminggu sekali.

Berhenti dengan secara perlahan- lahan agar sistem badan tidak terkejut.


Kalau berhenti, gemuk balik tak?

Semua ini bergantung dengan disiplin diri sendiri.

Sekiranya berhenti Appecut dan anda balun semua makanan macam tiada esok, jawapannya ya.

Anda akan gemuk semula.


Kenapa cepat sangat penurunan dia? Tak bahaya ke?

Sebab itu kita sangat sarankan ambil Appecut bersama pola pemakanan yang seimbang dan lakukan senaman ringkas.

Jika terasa tak biasa dengan penurunan mendadak, anda boleh jarakkan pengambilan Appecut seperti selang sehari, selang 3 hari dan seterusnya.


Boleh ke ambil 2 sachet sehari, kerana bimbang masalah dos berlebihan?

TIDAK.

SILA PATUHI DOS YANG DISARANKAN.

Pengambilan dos berlebihan boleh menyebabkan tachycardia (degupan jantung yang laju) dan mengganggu sistem pulse jantung anda.

Seeloknya ambil dahulu setengah sachet sehari.
Jika terlihat tubuh anda boleh menerima kesan produk, boleh meneruskan pengambilan SATU sachet sehari sahaja.


Kalau lelaki yang mempunyai perut agak buncit ok tak untuk menurunkan buncit walaupun dia tak berapa gemuk?

Boleh.

Untuk mengurangkan buncit lakukan juga senaman seperti plank dan sit up bagi tone kan kulit dan bentuk badan.


Penghidap gout, boleh minum Appecut?

Boleh.

Kerana kandungan kopi dalam Appecut mampu mengurangkan kandungan asid urik dalam badan.

Namun, ia tidak menjadi alasan untuk pengguna melantak seafood serta makanan larangan orang gout sesuka hati.


Appecut kena minum guna air suam atau air panas?

Perlu dibancuh dengan air panas sebab dalam bahan Appecut ada Instant Coffee/ Instant Cocoa.

Segala yang berbentuk instant perlu guna air panas untuk mudah larut.


Ada jaminan ke badan akan turun kalau consume Appecut?

Appecut ini akan cut nafsu makan.

Lepas minum Appecut, kita akan rasa tak nak makan banyak dan akan minum air kosong yang banyak.

Jika minum Appecut, tapi masih tak jaga makan, jadi tak ada jaminan untuk kurus.


Kalau datang bulan (haid/period) boleh consume tak?

Paling terbaik untuk minum Appecut adalah pada hari ke 5 ke atas.


Kalau kurang makan lepas minum Appecut, bahaya ke?

Bila kurang makan, glukosa dalam badan akan jadi rendah dan pada masa yang sama paras insulin juga akan rendah.

Bila insulin rendah badan akan cari sumber untuk tingkatkan glukosa dalam badan. Dan sumber glukosa yang terbaik adalah Glikogen yang disimpan dalam hati dan lemak-lemak yang banyak dalam badan.

Disinilah glikogen akan dipecahkan dan lemak-lemak yang banyak tu akan ditukarkan kepada tenaga.

Sebab itu di sarankan, minum Appecut selepas breakfast dan jangan skip breakfast.

Makan tapi dengan kadar yang tidak keterlaluan seperti kebiasaan sebelum ini.


Perlu minum Appecut secara konsisten setiap hari ke?

Bergantung kepada tubuh badan masing2.

Mulakan dengan 1 sachet sehari.

Jika badan boleh terima 1 sachet sehari dan mulai turun, maka boleh konsisten minum Appecut sampai badan menepati BMI yang normal.

Boleh stop minum Appecut apabila dah normal.

Dan make sure untuk jaga pengambilan makanan selepas berhenti minum Appecut.

Jika badan naik balik, boleh minum Appecut balik.


Pesakit tinggi kolesterol boleh ambil Appecut?

Boleh.

Tapi mulakan dengan setengah sachet dahulu.

Mula perlahan bagi badan adaptasi dengan reaksi Appecut.


Ibu mengandung boleh minum Appecut?

Tidak boleh.

Boleh menjejaskan kandungan bayi di dalam perut.


Pesakit asma atau asthma boleh minum Appecut?

Tidak boleh.

Sebab berkaitan dengan paru-paru dan jantung.


Apakah kelebihan Appecut Royale?

Appecut Royale membantu proses penurunan berat badan dan membantu mencerahkan dan menganjalkkan kulit anda.


Apa fungsi Appecut Royale?

1. Membantu mengawal selera makan berlebihan.

2. Membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

3. Membantu mengurangkan proses pembentukan lemak dalam badan.

4. Mempunyai bahan Apple Stem Cell dan Estrak Sakura untuk membantu mencerahkan kulit


Ciri - ciri Appecut Royale

1. Minuman berperisa kopi dengan campuran Estrak Sakura dan Apple Stem Cell.

2. Berbentuk serbuk.

3. Mempunyai 15 sachet dalam satu kotak.

4. Setiap sachet mempunyai 20 gram isi kandungan.

5. Setiap sachet mempunyai nutrisi 72 kcal tenaga, 14.5 karbohidrat dan 1.3 g lemak.


Kenapa harga Appecut Royale agak mahal?

Kalau ikutkan harganya sangat murah.

Sebab RM 129 bahagi dengan 15 sachet bersamaan RM 8.60.

Lebih kurang dengan harga sepinggan nasi dan minuman tengah hari.

Bukan setakat itu sahaja, minum Appecut boleh menjimatkan boros kita dalam berbelanja seharian.

Sebab kita mulai tinggalkan kopi dan minuman bergas dan mengamalkan minum air kosong yang banyak.

Jadi, air kosong lagi murah berbanding yang lain.

Bahkan, jika kita tidak kawal makan, tubuh kita berpotensi terkena banyak penyakit.

Dan kos rawatan lagi mahal berbanding kos RM 8.60 sehari minum Appecut.


Apa itu Apple Stem Cell?

Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan.

Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang tahan lama.

Apple Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.

Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan Appecut Royale, bukan setakat boleh kurus.

Tetapi boleh cantikkan lagi kulit.

Disclaimer: Jika anda mempunyai sebarang penyakit, sila rujuk kepada Doktor terlebih dahulu.